l0vER$

Thursday, November 4, 2010

saya manusia biasa.

perlu ke saye jelaskan yang saye adalah saye? saye bukan siapa-siapa yang perlu perhatian siapa-siapa. semua orang ada kehidupan masing-masing. terpulang pada kita bagaimana untuk menvariasikan kehidupan kite supaya nampak dan tampak menarik. supaya juga kita tidak buhsan dan tidak tertekan dengan kehidupan ini. oh!sememangnya saya tertekan dengan hidup ini. tetapi saye ade cara untuk menanganinya..dan saya rase buat mase sekarang itu adalah cara terbaek yang saya ade. bagaimana dengan anda? bagaimana anda menangani perasaan tertekan dengan kehidupan anda?

itu bukan persoalannya. ia mungkin baik bagi anda tapi mungkin tidak untuk saya. YA, ia terpulang kepada individu. tiba-tiba saya rase seperti hendak meluahkan apa yang saya rasa tentang kehidupan ini. jarang-jarang saya serius tentang hidup ini. tidak tahu mengapa. mungkin saya sudah lupa dengan keutamaan dalam hidup. lebih mementingkan nikmat dunia barangkali.

tah la....mungkin saya berprasangka dengan hati dan perasaan saya. kadang-kadang hati juga menipu. kadang-kadang hati tidak mempunyai pilihan. kadang-kadang hati tak sehaluan dengan kemahuan. adakah ini juga berlaku kepada anda? pernahkah anda merasa apa yang saya rasakan?

mungkin YA dan mungkin TIDAK. ini semua kerana kita berlainan. kerana kita mempunyai sejarah hidup yang berlainan. kerana kita mempunyai latar belakang yang berlainan. kerana kamu adalah kamu dan saya adalah saya. kerana kita berbeza. manusia tidak pernah sempurna. dimanakah kesempurnaan itu?

mengapa manusia tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberikan? mengapa mereka tidak pernah puas dengan kehidupan ini? TIPU jika saya beritahu saya puas dengan hidup ini. TIPU jika saya beritahu saya puas dengan apa yang saya kecapi sekarang. TIPU jika saya beritahu yang saya tidak dengki dengan kejayaan orang lain. YA, kerana saya adalah manusia yang tidak sempurna.....

saya sedih dengan apa yang terjadi dalam hidup saya. saya selalu mengetepikan Maha Pencipta. saya selalu melupakanNya. apabila sedih, apabila berduka, apabila susah, apabila tertekan barulah Dia yang saya sebutkan. TAPI saya masih belum sedar tentang semua itu. kerana saya manusia biasa......

KAWAN....ia datang dan pergi. saya sayang semua kawan-kawan saya. saya sayang semua adik-adik saya. saya sayang semua kakak-kakak saya. saya sayang kedua ibu bapa saya. TAPI, amat susah untuk menunjukkan kasih sayang. amat susah untuk mengekalkan kasih sayang. sangat susah untuk memuaskan hati semua orang. kerana saya adalah manusia yang punya banyak kekurangan....

dimana kawan-kawan baik saya selama ini? dimanakah anda berada disaat saya memerlukan anda? dimana pula saya berada disaat anda memerlukan saya? persoalan itu bermain-main di kotak fikiran saya. dimana teman-teman seperjuangan saya dahulu. dimanakah anda? adakah anda sudah gembira dengan kehidupan yang anda kecapi sekarang? kalau jawapannya YA, saya berbangga mempunyai teman seperti anda. saya turut gembira dengan kehidupan anda. sesungguhnya saya merindui kehidupan kita dahulu. susah senang bersama. menangis bersama. bergaduh bersama. bekerja bersama. saya manusia biasa yang tidak dapat memuaskan hati semua orang. saya hanya manusia biasa.

saya rindu kalian. saya rindu saat kegemilangan bersama kalian. jika dapat saya undurkan masa. jika dapat saya putarkan kembali roda-roda kehidupan. ingin saya bersama kalian. kalian lah pemangkin semangat saya. kalian lah teman-teman sepermainan di alam remaja. tidak dapatkah saya diampunkan? tidak dapatkah saya diterima kembali dalam kehidupan kalian? saya rindu dengan semua itu.

sehingga sekarang, saya sentiasa berada dalam keadaan bersalah. besarkah dosa yang saya lakukan kepada kalian sehingga saya dihukum sebegini? tidak dapatkah kita menjalinkan persahabatan seperti dahulu. hanya Allah sahaja tahu betapa rindunya saya dengan kehidupan lalu.

YA, hidup perlu diteruskan walaupun tanpa kalian. YA, hidup perlu diteruskan walau kenangan sentiasa menghantui saya. YA, kehidupan perlu diteruskan. kerana saya manusia biasa yang tidak sepatutnya menuntut apa-apa..... POLITEKNIK JOHOR BAHRU IN MEMORY (2006-2008)

2 comments:

  1. lets the memories become catalsyt to accelerate and enhance our mission towards desired goal...

    ReplyDelete
  2. mungkin utk kamu tp bkn bg saye...kenangan la benda paling berhaga yang saya ade..

    ReplyDelete