l0vER$

Thursday, November 4, 2010

KU BAHAGIA!

seronok plak tengok orang laen gembira dengan pasangan masing-masing..jeles pn ade jugak..huhuhu..tapi tak pe...mungkin masa aku belum lagi. akan ku nanti saat itu..cheewaaah! aku ni kalo tengok orang bercinta aku pun nak bercinta. tapi bila cinta tu dah datang aku plak tolak..haaaissshhh..tak tahu la nak habaq lagu mana. tapi macam tu la. mungkin aku belum jumpa dengan orang yang sesuai lagi. tak pe tak pe aku akan cuba yang terbaek.

yang penting aku tak nak jadi macam sesetengah orang. bercinta sebab nak tunjuk lagak. bercinta sebab nafsu. bercinta sebab nak senang. bercinta sebab bla bla bla...itu bukan aku. dengan konduksi umur yang sepatutnya sudah serius (apakah??), aku mahu bercinta untuk masa depan. aku mahu bercinta untuk kecapi kebahagiaan. aku mahu bercinta dengan orang yang mencintaiku.

aku pernah tertipu dengan cinta lamaku. dia kembali kerana sifat kasihan. dia kembali kerana simpati. aku tidak mahu itu. aku tidak mahu menagih simpati. aku mahu dia yang benar-benar jujur mencintaiku (babak serius) . susah bukan untuk mendapatkan apa yang kita mahu kan?

kadang-kadang rasa teringin nak bercinta di alam maya. punya peminat dan stalker. HAHAHA. (babak berangan). tapi itu hanya ilusi. satu dalam seribu. tapi aku kagum dengan seorang blogger ni. seronok baca kisah cinta mereka.dia adalah salah seorang blogger yang saya minati. ni dia kisah cinta meraka. (sile click t0k info) memang sangat sweet. aku memang selalu berangan kalau bace kisah diorang. HAHA. diorang ni bercinta after kahwen dan sangat romantik. (bukan jiwang okay!). sesungguhnya saya sangat menyukai mereka yang sangat romantik. ^___*

kisah cinta mereka sangat interesting. kalau tak percaya sila baca dan hayati! banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah mereka. tak bercinta lama-lama. tak payah nak sooo jiwang. tak payah itu dan tak payah ini. nama lagi jodoh kan? tak siapa tahu. tapi macam saya cakap tadi, satu dalam seribu. mungkin rezeki kak chika (sile click t0k info)


tapi laen plak dengan aku ni. rasa macam best je kalo bercinta lama-lama. mungkin leh dapat lebih chemistry. mungkin jugak sebab aku tak pernah bercinta lama-lama. paling lama pun setahun. itu pun off on off on. rasa macam sweet je bercinta lama-lama. tambah-tambah dapat kenal family dengan lebih rapat. family sangat penting sebab kita akan bersama mereka sehingga akhir hayat bukan hanya dengan pasangan kita. "sayangilah keluarga saya seperti anda menyayangi saya". itu adalah tagline saya. HAHAHA

ok ok sudah. sebenarnya saya tak kesah pun. sebab setiap jodoh semuanya sudah ditentukan. setiap dari kita ada rezeki masing-masing. bersabar dan terus bersabar. itulah kunci kejayaan. =p






No comments:

Post a Comment