susah la sekarang ni. nak tulis ape yang kita rasa. apa yang kita lalui. apa yang kita fikir pun kena blame. kalau anda rasa saya ni melebih-lebih. kalau anda rasa saye ni annoying. maafkan saya. kan saya dah bagitau sebelum ni, yang saya ni memang suka perasan. memang suka menggedik. memang tak tahu malu. saya dah bagitau dah awal-awal. saya juz seronok-seronok je tulis blog ni.
maklum la kadang-kadang saya tensen dengan assignment. kadang-kadang tensen dengan kawan-kawan. kadang-kadang tensen dengan kerja MTM. so, blog ni la tempat saya luahkan apa yang saya rasa. kalau saya call anda, takot anda busy. takot anda tak nak layan. takot kacau tido anda. so salahkah saya menulis apa yang saya rasa?
maklum la kadang-kadang saya tensen dengan assignment. kadang-kadang tensen dengan kawan-kawan. kadang-kadang tensen dengan kerja MTM. so, blog ni la tempat saya luahkan apa yang saya rasa. kalau saya call anda, takot anda busy. takot anda tak nak layan. takot kacau tido anda. so salahkah saya menulis apa yang saya rasa?
kalau salah bagi anda maafkan saya. tolonglah jangan baca blog saya lagi. tolong la jangan tuduh saya macam-macam lagi. saya dah cukup banyak masalah. tolong jangan tambahkan lagi. tolonglah.
takkan la saya nak jatuhkan maruah saya dengan menulis yang bukan-bukan pasal saya? cuba la anda fikir. anda yang terlalu sensitif, atau saya yang tak ada perasaan? entahlah.
status di facebook saya pula hanya lah gurauan. hanya untuk suka-suka. hanya untuk memeriahkan suasana. salah ke? maafkan saya kalau anda rasa saya bersalah. tapi tolong jangan menghukum saya sepertimana yang anda fikirkan. betapa sedihnya saya hanya Allah sahaja yang tahu.
dah lah sekarang ni exam week. tolonglah jangan kucar kacir kan fikiran saya. cukup lah paper tadi saya tak boleh buat hanya kerana saya terlalu memikirkan soal maruah saya. jatuhkah maruah saya dengan menulis blog dan status di facebook? apala sangat blog saya ni. hanya untuk dikongsi bersama kawan-kawan saya untuk anda semua mengenali saya. bukan menghukum saya. maafkan saya.
mungkin anda belum kenal siapa saya. walau hampir 6 tahun kita berkawan nampaknya anda belum kenal saya lagi. terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengenali dan memahami saya. terima kasih.
untuk anda, mungkin kata-kata anda tidak bermakna bagi anda. tapi sangat bermakna bagi saya. takkan saya lupakan prasangka dan andaian anda terhadap saya. maafkan saya jika anda rasa saya bersalah. maafkan saya.
Wajah Rahsia Hati
ReplyDeleteDalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati
( ulang dari awal )
by Fauziah (OGY) Ahmad Daud
hayatilah..... :)
"Betapa kau cuba melindungi
ReplyDeleteJelas di wajah rahsia hati"
mendalam mksd lirik ni..huhu..
btw, tq..:)