l0vER$
Sunday, November 25, 2012
Permainan Dunia
setiap yang berlaku ada hikmahnya. hidup di dunia tak kan terlepas dari diduga, cabaran dan ujian.
tempuh dan lalui dengan kesabaran.
tempuh dan lalui dengan akal fikiran yang waras.
tempuh dan lalui dengan niat yang ikhlas.
setiap dari kita akan merasai nikmat diatas kesabaran.
berfikiran positif terhadap orang laen.
berfikiran positif dengan apa yang terjadi.
berfikiran positif dengan ketentuan yang telah ditakdirkan buat kita.
jangan berdendam. jangan berdendam. jangan berdendam.
kerana dendam, akan menggelapkan hati.
kerana dendam, akan buat kita buta dengan keadaan sekeliling.
kerana dendam, akan buat kita lupa siapa diri kita yang sebenar.
DAN dendam, akan buat kita putus saudara.
akan buat kita lupa mana satu sahabat. mana satu musuh.
sahabat yang baek adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan.
sahabat yang baek bukan menyimbah minyak ke dalam api.
ya, dendam membutakan mata hati. untuk menilai mana baek dan mana buruk.
mari kita jalinkan ukhuwah yang sudah hampir putus.
mari kita rapatkan kembali jurang yang telah kita jarakkan.
mari kita dekatkan hati sesama kita.
mari kita pupuk kasih sayang sesama kita.
kerana, KITA SAHABAT SAMPAI BILA-BILA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment