l0vER$

Friday, May 31, 2013

Tolong





Allah takkan menguji hambanya lebih dari kemampuan.

Allah sentiasa ada pada bila kita mengkehendakiNya.

Semua masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Kembali lah kepadaNya apabila kita sesat. Akan ada jalan pulang.

Awak,

Ye. Awak lah. Tolong doakan.

Tolong. Doakan. Tolong.

Sunday, November 25, 2012

Sekian Lama



setelah sekian lama meninggalkan dunia blog.

setelah sekian lama tidak mengasah otak.

setelah sekian lama tidak melapangkan dada.

kini, kembali. dengan lebih matang. dengan lebih positif. dengan lebih waspada.

waspada dengan kata-kata.

waspada dengan lidah.

waspada dengan hati.

In Shaa Allah.

;)

Permainan Dunia


setiap yang berlaku ada hikmahnya. hidup di dunia tak kan terlepas dari diduga, cabaran dan ujian.

tempuh dan lalui dengan kesabaran.

tempuh dan lalui dengan akal fikiran yang waras.

tempuh dan lalui dengan niat yang ikhlas.

setiap dari kita akan merasai nikmat diatas kesabaran.

berfikiran positif terhadap orang laen.

berfikiran positif dengan apa yang terjadi.

berfikiran positif dengan ketentuan yang telah ditakdirkan buat kita.

jangan berdendam. jangan berdendam. jangan berdendam.

kerana dendam, akan menggelapkan hati.

kerana dendam, akan buat kita buta dengan keadaan sekeliling.

kerana dendam, akan buat kita lupa siapa diri kita yang sebenar.

DAN dendam, akan  buat kita putus saudara.

akan buat kita lupa mana satu sahabat. mana satu musuh.

sahabat yang baek adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan.

sahabat yang baek bukan menyimbah minyak ke dalam api.

ya, dendam membutakan mata hati. untuk menilai mana baek dan mana buruk.

mari kita jalinkan ukhuwah yang sudah hampir putus.

mari kita rapatkan kembali jurang yang telah kita jarakkan.

mari kita dekatkan hati sesama kita.

mari kita pupuk kasih sayang sesama kita.

kerana, KITA SAHABAT SAMPAI BILA-BILA.