title entry mmg xleh blah!!bajet aku ni sang dewa pencinta yang suke brmadah pujangga la kn0n!!*hampeh je..HAHAHAHA..tp ttbe je rse nk wat entry ni..tah la xtau npe...mybe bile dh msuk bulan p0se ni ttbe rse insaf cz xpenh beraye dgn status
"in a relationship"..*okeh..xd kne mngene pn reas0n ni...huhuhu..okeh..tnpe mmbuang mse anda,i'll present madah cinta kata pujangga
(yg ak cil0k kt bl0g org laen..^_^)
Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna.
Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.
Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui.
Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati.
Tanamilah benih cinta, siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan
Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.
Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.
Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.
Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.
Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.
Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.
kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang di saat kita sedang kehilangannya..
dan kadangkala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita di saat kita memerlukannya...
CINTA bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan...
kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yang merelakan..
kerana ia terlalu sukar dimengertikan...
CINTA yang datang,umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau..
saat bayu berlagu riang,tika itulah cintanya hadir..
apabila mata terlihat seseorang,seseorang yang bakal mewarnai hidupnya...
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki??
cinta umpama kota kristal..
indah di penglihatan,derita di perasaan....
Andai dapat ku petik bintang,
kan ku sematkan di dadamu..
andai dapat ku capai bulan,
kan ku hadiahkan di hari jadimu..
Izinkan aku sayang,
merinduimu..
Izinkanlah aku sayang,
mencintaimu...
untuk selamanya...
"Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya,
tetapkan la aku untuk terus di dalam hatimu,
untuk menyinari kehidupanmu"
CINTA dapat mengubah
DEBU beralih EMAS
KERUH menjadi BENING
SAKIT menjadi SEMBUH
DERITA menjadi NIKMAT &
KEMARAHAN menjadi RAHMAT
1 madah yg saye suke..^_____^.......
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi